Showing posts with label Cerita kami. Show all posts
Showing posts with label Cerita kami. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

kami. kita. saya. awak.

The essence of da'wah, adalah mengajak manusia mendekati Allah.

Guna apa saja cara, asal membawa matlamat di atas. Asal dapat bersama meletak Allah, Islam itu di tempat paling atas.

Ramai orang, dan saya sendiri, berkira-kira untuk menyeru tatkala terkenang ayat ini,

Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
as-saff:2-3

Lalu apa? Berdiam diri dan menyembunyi kebenaran? Jadinya, lebih banyaklah kata-kata Allah yang kita ingkari dalam alQuran, dek kerana takutnya yang tidak berasas itu. Apa, tidak murkakah Allah nanti?

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)'.
fussilat:33

Seorang kakak pernah berpesan, jadikanlah ayat 2-3 surah saff itu sebagai positive feedback kita, bukan negative feedback. Lagi banyak beri peringatan, lagi banyak terdorong untuk amalkan, lagi dan lagi. Saya akan ingat itu.

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Semoga Allah memandang usaha kita yang kecil ini untuk bersihkan jiwa, dan dekaat denganNya.

Saya? Hamba dan Khalifah. Tahun Satu Chemical Engineering, University of Leeds.
Salam perkenalan :)

Sunday, March 7, 2010

Saksi

Assalamualaikum..

Semoga kalian dan saya sentiasa berusaha untuk menambah dan memperbaiki amal agar tidak kesal tatkala diri menjadi saksi di hari nanti..


Saya bukanlah penulis yang baik
Pernah mempunyai beberapa blog sebelum ini dan telah pun dipadam kerana adapun blog tersebut..
ia bersawang kerana jarang-jarang mendapat sentuhan kasih sayang

Mudah-mudahan, blog ini mendapat sentuhan yang lebih kerap kerana digesa oleh dua insan yang selalu rindu akan penulisan saya
(hehe...)


Harapan yang lebih besar lagi, semoga ia menjadi medium pembawa diri mengecapi nikmat yang tiada berkesudahan dan tiada tandingan

Sering dalam kehidupan saya sehingga ke saat ini
rezeki yang Allah kurniakan..
LEBIH daripada yang saya berikan
selalunya MENGEJUTKAN
dan ada pula yang tiada bersebab

nikmat ISLAM
kebahagiaan keluarga
keputusan UPSR, PMR dan SPM
keberadaan di Australia
pencapaian sewaktu foundation
teman-teman pendamping diri
keterlibatan diri di Melbourne
DAN SEGALA ANUGERAH NIKMAT SEMENTARA

Sehingga bilakah saya akan kekal menjadi orang yang beruntung?
Lebih penting lagi, tergolongkah saya dikalangan mereka yang bersyukur atas segala pemberian Allah?

Saya..
Masih bertatih mengenal diri
Masih busuk dalam kata-kata dan amal
Masih selalu leka dengan perkara yang sia-sia

Namun
Masih tidak mempunyai sebarang alasan untuk terus hanyut
Masih tiada sebab untuk tidak berusaha memperbaiki diri

Atas dasar
Masih berhutang dengan Allah dalam segenap perkara

Bahkan
Masih terdapat sebab yang lebih kukuh untuk saya memperbanyakkan amal kebaikan
dan berlari jauh meninggalkan amal lagha serta dosa

Jadi
Masih butuh tarbiyah agar terpadam kejahilan
Masih perlukan makanan rohani menguat jiwa


Nama sudah selayaknya menjadi peringatan kepada diri bahawa tatkala diri diadili Allah kelak, tubuhlah yang pertama memberi kesaksian untuk mendapat nikmat anugerah syurga atau dihumban ke neraka..


"Pada hari ini (kiamat) Kami tutupkan mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan"
Surah Yassin : 65


Sungguh, Allah mengotakan kata-kataNya!

Maka, apakah sebab kita perlu melakukan kebaikan dan meninggalkan maksiat??
Mengapa perlu berjaga-jaga dengan setiap tingkah laku?

Kerana..

EVERY SINGLE THING IS PERMANENT

Ironinya, kita sering lupa
Lantas, tidak berjaga-jaga
Malah, bangga dengan dosa yang pernah dilakukan
Selalu juga sombong seolah-olah diri begitu hebat

Apabila dihisab kelak
Lihatlah siapa yang lebih hebat

ARE WE AWARE?

Monday, February 22, 2010

Tak kenal, tak cinta. Dah kenal pun belum tentu suka


Salam perkenalan.
Saya tak punya nama samaran, sedang cuba untuk mencari nama samaran kerana saya rasa tidak seronok menulis menggunakan nama sebenar.
Sejak kecil menyimpan angan menjadi doktor kerana merasakan ia profesion yang mulia. Semakin dekat hari saya bergelar doctor, semakin berkurang motivasi saya untuk meneruskan jalan ini. Tetapi, saya telah jumpa sesuatu yang menjadi pembakar motivasi saya untuk terus  maju ke hadapan dan berjuang habis-habisan.
Saya lebih cenderung kepada sastera, sangat mudah tersentuh dengan puisi-puisi dan madah yang bersifat manusiawi. Saya suka perbincangan falsafah kehidupan. Mungkin kalian akan mendapati tulisan-tulisan saya kebanyakan berbaur jiwang dan melankoli. Kadang-kadang jika ingin menulis sesuatu yang tidak ada kaitan dengan emosi pun saya suka untuk olah dengan memasukkan elemen perasaan dan keperempuanan.
Saya minat membaca dan saya baca apa saja. Saya suka menimbulkan pertanyaan yang menimbulkan konflik dalam diri sendiri. Saya cuba untuk mendidik diri dalam macam-macam hal. Saya telah banyak melakukan kesilapan dalam hidupdan sedang berusaha membaiki diri melalui pengalaman silam. Bagi saya, pengalaman hidup sendiri dan orang lain adalah guru yang terbaik untuk matang cepat.
Apa lagi nak tahu pasal saya?
Saya gemar menulis catatan dan saya tulis apa saja yang saya rasa. Dengan harapan, perkongsian yang bernilai seposen dua itu membawa manfaat kepada orang lain.  Jika tak banyak, sedikit pun jadi lah. Berikut merupakan senarai blog yang saya masih tulis. 
Tetapi kini, blog Cinta Antara Benua ini merupakan primary blog saya. Saya cuba untuk update sekerap mungkin, berkongsi suka duka anak perantau dan ilmu-ilmu saya yang tidak banyak ini untuk tatapan pembaca. Semua entri saya akan dilabel CAIRO. Sebarang urusan lain, boleh hubungi saya melalui Facebook saya.


Et moi

Bismillah


Hidayah Borhanudin.
Currently pursuing her passion in medicine.
Enjoy reading, mostly self-improvement and motivational books.
Not much to say, read my writings and you may discover who I am and how I view the life.